TIPS BERHENTI MEROKOK

Tetapkan Tarikh Berhenti

Secara ideal, tarikh untuk berhenti merokok harus ditetapkan dalam tempoh 2 minggu.

 
 

Beritahu Orang Lain

Beritahu ahli keluarga, sahabat, dan rakan sekerja tentang cadangan untuk berhenti merokok, dan mohon supaya mereka faham serta memberi sokongan.

 
 

Jangkakan Cabaran

Jangka akan cabaran yang bakal dihadapi sebaik sahaja cubaan berhenti merokok dilakukan terutama semasa tempoh permulaan yang kritikal, termasuklah gejala "Nicotine Withdrawal".

 
 

Buang Rokok dan Tembakau

Buang rokok dan sebarang bahan hasil tembakau jauh dari persekitaran-jadikan rumah anda bebas rokok.

 

 


Tarikh Akhir Kemaskini :: 09-11-2016 :: 08:01 PM