SEATCA

Southeast Asia Tobacco Control Alliance (SEATCA) adalah sebuah rangkaian serantau.

Di Melaka, program Melaka Bebas Asap Rokok (Melaka Smoke Free City) adalah berasaskan konsep program bandar bebas asap rokok yang telah diperkenalkan oleh SEATCA.

SEATCA bekerja rapat dengan kerajaan, bukan kerajaan (NGO), agensi pembangunan, dan akademi untuk memperkasa kawalan tembakau di rantau ASEAN.

SEATCA secara aktif mempromosi langkah-langkah berkesan dan berasaskan bukti di bawah Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC), meningkat penyertaan dan kerjasama di kalangan penyokong , menganjurkan forum serantau untuk berkongsi pengalaman berguna dan amalan terbaik dalam usaha memperkasa dasar kawalan tembakau, dan memainkan peranan penting sebagai pemimpin serantau dalam menangani isu-isu utama dan segera di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seatca.org


Tarikh Akhir Kemaskini :: 07-11-2016 :: 03:16 PM