Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) yang bersidang pada 31 Mac 2010 dan telah disahkan pada 7 April 2010 meluluskan Pelaksanaan Program Melaka Bebas Asap Rokok.
Pada 11 April 2010 YAB Ketua Menteri Melaka telah mengumumkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menjadikan Melaka Bebas Asap Rokok sempena pelancaran Hari Kesihatan Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.