Generasi Penamat (Generational End Game - GEG) merujuk kepada generasi yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan seterusnya. Generasi ini tidak boleh menggunakan, menghisap atau berada dalam milikan, sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik.
Kementerian Kesihatan Malaysia mendifinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'Rokok Elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.
Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape terdiri daripada:
Bateri mengalirkan elektrik ke katrij membakar cecair di dalam katrij menjadi wap.
Orang sekeliling boleh turut sama "menghisap" bahan - bahan kimia yang ada di udara disebabkan sebahagian besar wap serta bahan - bahan kimia di dalam wap Rokok Elektronik akan dihembus keluar. Oleh itu "passive smoker" juga terpakai.
Kajian menunjukkan tiada perbezaan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok. Malah, penggunaan Rokok Elektronik akan menyukarkan lagi perokok untuk berhenti merokok akibat kebergantungan kepada nikotin. Penggunaan Vape juga meningkatkan risiko bukan perokok menjadi perokok.
Nikotin dapat menyebabkan ketagihan dan meningkatkan risiko pembekuan darah. Ia juga boleh meyerap masuk ke plasenta ibu mengandung dan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan. Kajian menunjukkan setiap botol yang mengandungi 25ml cecair Rokok Elektronik mengandungi 100mg nikotin. Nikotin serendah 2mg dapat menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi dapat mengakibatkan sawan, kegagalan pernafasan seterusnya dapat mengakibatkan kematian.
Kesan jangka pendek Propylene Glycol pada kesihatan dapat mengakibatkan iritasi pada mata, tekak dan saluran pernafasan. Kesan jangka panjang pula dapat mengakibatkan asma atau semput pada perokok. Selain itu, bahan ini juga dapat merangsang pertumbuhan kanser akibat daripada Formaldehyde, iaitu sejenis bahan kimia yang terhasil apabila Propylene Glycol dipanaskan.
Kebanyakan Glycerin yang digunakan adalah produk dari sayur - sayuran ( Vegetable Glycerin ). Vegetable Glycerin boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Namun penggunaan jangka masa panjang dan berulang boleh mengakibatkan kerosakan organ dalaman.
Bahan perasa yang digunakan dalam cecair Rokok Elektronik menunjukkan paras yang terlalu tinggi, yang mampu membunuh sel - sel paru - paru, otak dan lapisan kulit.
Tindakbalas cecair Rokok Elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser dapat menghasilkan kehadiran logam berat.
Seperti rokok konvensional, partikel daripada Rokok Elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru - paru dan seterusnya memasuki ke dalam saluran darah.
Papan tanda Dilarang Merokok membawa maksud kawasan tersebut dilarang melakukan sebarang aktiviti merokok, termasuklah shisha dan semua rokok elektronik seperti vape, ipod, nanostix dan lain-lain. Sekiranya didapati melanggar arahan tersebut, pelaku boleh dikenakan kompaun.
- Kecuali di rumah kediaman dan di luar bangunan seperti di tepi jalan
- Anda turut dilarang merokok di dalam bangunan ataupun di luar bangunan sepanjang Jalan Jonker (Jonker Walk) dan Jalan Kota kecuali di dalam rumah kediaman
Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut
RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Sahaja)
RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
Di semua Pejabat Kesihatan Daerah diseluruh Malaysia pada waktu pejabat
Jadilah sukarelawan program MBAR dan bantu kami memberi penerangan/teguran kepada yang merokok di zon bebas asap rokok.
Sekiranya anda berminat, sila daftarkan maklumat mengenai anda melalui borang ini dan nyatakan:
Kami akan menghubungi anda untuk memberi keterangan lanjut