Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang menjalankan program Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) telah diwartakan pada 14 Jun 2011. Sehingga kini, terdapat beberapa negeri telahpun menjalankan program ini, antaranya Pulau Pinang (PENBAR), Selangor (SELBAR), Kelantan (IKBAR), dan Johor (JBAR). Tujuan MBAR diwujudkan adalah untuk melindungi majoriti orang ramai yang TIDAK MEROKOK dari asap rokok basi yang berbahaya.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan lima (5) zon di Negeri Melaka sebagai kawasan larangan merokok. Zon larangan merokok dibawah MBAR meliputi kawasan:
*Kawasan larangan merokok adalah termasuk semua bangunan yang berbumbung, termasuk kawasan yang berpayung.
*Terdapat 2 Zon Eksklusif, iaitu Jalan Jonker dan Jalan Kota, dimana kawasan larangan merokok merangkumi kawasan di dalam dan di luar bangunan serta di sepanjang jalan.
Penalti Merokok di Zon MBAR
Jika didapati merokok di zon larangan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Definisi "Kawasan Larangan Merokok"
“Kawasan larangan merokok meliputi semua kawasan di bawah bumbung bangunan tersebut, termasuk di bawah payung atau kanopi bagi gerai berpusat”
Bermula 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan semua premis makanan berhawa dingin dan tidak berhawa dingin telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, dan penguatkuasaan undung - undang telahpun bermula pada 1 Januari 2020.
Larangan merokok di semua premis makanan masih terpakai sehingga kini dan pihak KKM menjalankan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi memantau kepatuhan larangan merokok ini.