PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan beberapa kawasan larangan merokok sejak 2004 di bawah Peraturan 11(1) (d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. Namun pada tahun 2019, senarai itu telah dikemaskini dengan tambahan satu kawasan larangan yang baru, iaitu larangan merokok di premis makanan termasuk di tempat makan terbuka.
Larangan merokok ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan. Penguatkuasaan penuh telahpun dimulai pada 1 Januari 2020 di bawah Peraturan 11(1) (d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.
PERATURAN 11. (1)
Tiada seorang pun boleh merokok :-
PERATURAN 13
Larangan mengenai merokok, dsb terhadap orang belum dewasa.
(1) Orang belum dewasa yang merokok, mengunyah, membeli atau mempunyai dalam milikannya apa-apa hasil tembakau, sama ada untuk kegunaannya sendiri atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), orang belum dewasa boleh mempunyai dalam milikannya apa-apa hasil tembakau jika dia sedang membantu, menjalankan atau melaksanakan suatu jualan di dalam mana-mana kedai, gerai atau tempat makan.
*Orang belum dewasa (OBD) :- Mana-mana orang yang umurnya di bawah lapan belas (18) tahun.
PERATURAN 22
Menteri boleh melarang merokok dalam sesuatu bangunan, premis atau tempat.
(2) Tiada seorang pun boleh merokok di dalam mana-mana bangunan, premis atau tempat yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah subperaturan (1).