Logo Melaka Bebas Asap Rokok diilhamkan daripada bentuk peta Negeri Melaka. Bunga kesidang, bunga rasmi Melaka melambangkan kebersihan alam sekitar, manakala bangunan-bangunan di latar belakang merupakan mercu tanda Negeri Melaka seperti Istana Melaka, Stadhuys, Kota A'Famosa dan Menara Jam. Logo Melaka Bebas Asap Rokok ini memaparkan mesej bahawa premis yang dipasangkan tanda ini merupakan kawasan larangan merokok.