Soalan Lazim

Generasi Penamat (Generational End Game - GEG) merujuk kepada generasi yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan seterusnya. Generasi ini tidak boleh menggunakan, menghisap atau berada dalam milikan, sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik.

Kementerian Kesihatan Malaysia mendifinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'Rokok Elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.

Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape terdiri daripada:

  1. bateri
  2. atomiser
  3. katrij cecair

Bateri mengalirkan elektrik ke katrij membakar cecair di dalam katrij menjadi wap.

  • Nikotin
  • Propylene Glycol
  • Vegetable Glycerin
  • Bahan perasa
  • Propylene Glycol
  • Vegetable Glycerin
  • Bahan perasa
  1. Memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada perokok tentang bahaya dan kesan negatif merokok.
  2. Menyediakan bimbingan dan kaunseling individu bagi membantu perokok membuat keputusan untuk berhenti merokok.
  3. Memberikan tips dan panduan berhenti merokok.
  4. Memberi kemahiran kepada perokok untuk menghentikan tabiat merokok secara terancang dan mengekalkan status tidak merokok.
  5. Memberikan terapi gantian nikotin untuk perokok - perokok di samping melakukan pemeriksaan status kesihatan individu tersebut.

Orang sekeliling boleh turut sama "menghisap" bahan - bahan kimia yang ada di udara disebabkan sebahagian besar wap serta bahan - bahan kimia di dalam wap Rokok Elektronik akan dihembus keluar. Oleh itu "passive smoker" juga terpakai.

Kajian menunjukkan tiada perbezaan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok. Malah, penggunaan Rokok Elektronik akan menyukarkan lagi perokok untuk berhenti merokok akibat kebergantungan kepada nikotin. Penggunaan Vape juga meningkatkan risiko bukan perokok menjadi perokok.

  • Nikotin

Nikotin dapat menyebabkan ketagihan dan meningkatkan risiko pembekuan darah. Ia juga boleh meyerap masuk ke plasenta ibu mengandung dan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan. Kajian menunjukkan setiap botol yang mengandungi 25ml cecair Rokok Elektronik mengandungi 100mg nikotin. Nikotin serendah 2mg dapat menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi dapat mengakibatkan sawan, kegagalan pernafasan seterusnya dapat mengakibatkan kematian.

  • Propylene Glycol

Kesan jangka pendek Propylene Glycol pada kesihatan dapat mengakibatkan iritasi pada mata, tekak dan saluran pernafasan. Kesan jangka panjang pula dapat mengakibatkan asma atau semput pada perokok. Selain itu, bahan ini juga dapat merangsang pertumbuhan kanser akibat daripada Formaldehyde, iaitu sejenis bahan kimia yang terhasil apabila Propylene Glycol dipanaskan.

  • Glycerin

Kebanyakan Glycerin yang digunakan adalah produk  dari sayur - sayuran ( Vegetable Glycerin ). Vegetable Glycerin boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Namun penggunaan jangka masa panjang dan berulang boleh mengakibatkan kerosakan organ dalaman.

  • Bahan perasa

Bahan perasa yang digunakan dalam cecair Rokok Elektronik menunjukkan paras yang terlalu tinggi, yang mampu membunuh sel - sel paru - paru, otak dan lapisan kulit.

  • Kehadiran logam berat

Tindakbalas cecair Rokok Elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser dapat menghasilkan kehadiran logam berat.

  • Partikel ultra halus

Seperti rokok konvensional, partikel daripada Rokok Elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru - paru dan seterusnya memasuki ke dalam saluran darah.

Papan tanda Dilarang Merokok membawa maksud kawasan tersebut dilarang melakukan sebarang aktiviti merokok, termasuklah shisha dan semua rokok elektronik seperti vape, ipod, nanostix dan lain-lain. Sekiranya didapati melanggar arahan tersebut, pelaku boleh dikenakan kompaun.

  • Kawasan tapak warisan dunia di Bandar Melaka
  • Melaka Raya
  • Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC)
  • Pusat Bandar Alor Gajah
  • Pusat Bandar Jasin

 

  • Kecuali di rumah kediaman dan di luar bangunan seperti di tepi jalan
  • Anda turut dilarang merokok di dalam bangunan ataupun di luar bangunan sepanjang Jalan Jonker (Jonker Walk) dan Jalan Kota kecuali di dalam rumah kediaman

Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut

  1. MITC
  2. Bandar Warisan Dunia
  3. Melaka Raya
  4. Pusat Bandar Alor Gajah
  5. Pusat Bandar Jasin

RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Sahaja)

Di semua Pejabat Kesihatan Daerah diseluruh Malaysia pada waktu pejabat

Jadilah sukarelawan program MBAR dan bantu kami memberi penerangan/teguran kepada yang merokok di zon bebas asap rokok.

Sekiranya anda berminat, sila daftarkan maklumat mengenai anda melalui borang ini dan nyatakan:

  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • No Telefon
  • Emel

Kami akan menghubungi anda untuk memberi keterangan lanjut

  • Stadium, Kompleks Sukan
  • Tempat Keagamaan
  • Bas Sekolah
  • Kafe Internet
  • Pusat Aktiviti
  • Hospital dan Klinik
  • Lif dan Tandas Awam
  • Tempat Makan atau Kedai yang berhawa dingin
  • Perpustakaan
  • Institut Pengajian Tinggi
  • Kompleks Membeli-belah
  • Kenderaan Awam atau Hentian Pengangkutan Awam
  • Lapangan Terbang
  • Bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah peraturan 22
  • Taman Asuhan Kanak-kanak
  • Premis Kerajaan
  • Stesen Minyak
  • Kaunter Perkhidmatan
  • Pusat Hiburan
  • Kawasan Latihan Khidmat Negara
  • Bangunan yang menggunakan sistem berhawa dingin berpusat